STEEL melancarkan lagu "Aku dan Kenangan" ada tempatkah dihati peminat???



Seperti sedia maklum,sebuah band Rock Heavy Metal dari kuala lumpur yang sedang meningkat naik ini, banyak membawakan lagu-lagu Pure Heavy Metal berbahasa English oleh kerana mereka menanda tangani perjanjian di sebuah syarikat rakaman di eropah dan juga secara langsungnya mempromosikan mini album pertama mereka di eropah bertajuk "Fear Is A Liar" pada tahun lalu, tahun ini penulis banyak memerhatikan dan mengikuti pergerakan kumpulan STEEL yang setanding dengan band rock tempatan malahan mereka lebih argesif dari band yang sedia ada, ini satu perjalanan baik untuk band STEEL ini, harap di kekalkan dan terus menerus memperjuangkan Industri Muzik Rock Tempatan.

Semalam Penulis melihat kumpulan ini lancarkan lagu Easy Listening berbahasa melayu mereka bertajuk Aku dan Kenangan , di sini penulis mahu memberikan sedikit komentar terhadap lagu tersebut,.

Dari segi susunan penciptaan mereka sangat tepat dan sesuai di dengar oleh semua lapisan masyarakat tempatan, dari segi seni kata juga sangat puitis , apa yang penulis faham, seni kata lagu ini di tujui kepada insan yang tersayang yang telah kembali ke 'Alam Baqa' , dan kita semua mengharapkan kasih dari tuhan yang maha esa.

Pada pendapat penulis susunan lagu ini sangat kemas, walaupon ini satu permulaan mereka untuk mempromosikan STEEL di tanah air, kumpulan ini seharusnya mendapat tempat dihati peminat rock tempatan kerana memperjuangkan Muzik, Persembahan , mereka seperti mengembalikan era 80'an itu pendapat natizen yang penulis selalu dengar , tapi pada pendapat penulis pula, muzik rock ini tak pernah tengelam atau ketingalan zaman, mereka ini adalah penyambung generasinya, penulis di fahamkan STEEL akan beraksi di pentas Rentap Rockers sebuah rancangan TV yang akan terbit di saluran televisyen popular tempatan , STEEL bakal beraksi bersama 40 band lagenda tempatan untuk meraih siapakah Juara Rock??, tahniah buat STEEL.. teruskan perjuangan anda, Kami semua mahukan anda.. kerana anda penghibur.... kenapa penulis berkata begini?? kerana pemuzik begitu ramai tetapi pakaj penghibur sangat jarang dan sukar kita jumpai, kumpulan ini ada pakaj tersebut, tahniah sekali lagi buat STEEL teruskan pejuangan semua. di sini penulis tinggalkan lagu Aku & Kenangan untuk di hayati oleh pembaca IROCK MAGAZINE terima kasih dan salam hormat.


STEEL - AKU DAN KENANGAN 


  


Ikuti perkembangan STEEL : 

KOMENTAR